Wednesday, June 26, 2013

First time consuming Herbalife.

Hi.
Kan dah cakap kitew akan terus update. Kitew ni berpegang padew janji taw.
Ok geli. Dah dah. diam. saya nak cerita ni.
Date: 26 June 2013 - Wednesday.
First time consume Herbalife. Eh before that mestilah korang nak tau kan aku beli products apa kan? Sengal tanak bagitau. Sila lihat bawah:-



Ok nampak tak. Benda ni je yang aku beli. Ok. Jom kite review satu per satu. Eleh ade 2 benda je pon. Takkan shaker ngan botol air tu pon aku nak review kan?





1.  Formula 1 - Nutritious Mixed Soy Powder Drink

Ala. Diet shake orang cakap. Bahasa orang kampung. Kalau orang bandar macam kat Damansara tu maybe akan panggil nutricious tu semua. Eh regionist pulak. Sebenarnya ni shake ni sebab utama aku beli Herbalife ni. Shake ni sebagai meal replacement for your breakfast and dinner. Sebagaimana yang kita ketahui ye tuan tuan dan puan puan, saya bekerja pada pukul 5 pagi. Ye.. lima pagi. 

Selalunya masa on diet aku akan bawak breakfast dari rumah. Sebab food dekat cafe HSBC tu sangatlah tak menyihatkan. So aku kena bangun awal memasak breakfast aku. Kalau dah kerja pukul 5 pagi tu, selalu la aku akan termiss membawa bekal makanan dari rumah. Mana nak mandi lagi, prepare food lagi, last last aku macam dah give up nak masak. Makan je 2 biji idli kat cafe every morning. Tak tau idli tu apa? Sila google. So bila dah ada shake ni takdelah aku pening pening nak makan apa tiap tiap pagi kan? Letak air sejuk dalam shaker, 2 scoops powder, shake shake sikit, and dah siap breakfast kitew.

Aku beli 2 flavors. Strawberry and Dutch Chocolate. Rasa dia sedap. Tropical Fruit tu mak aku punya. Saja je letak sekali. Rasa dia sedap je. Boleh je tekak aku ni menelan. Maybe sebab dah biasa amik protein powder kot. Dulu dulu pon aku ade masalah menelan benda pelik pelik ni. Tapi sekarang dah ok. Sedap lagi. Dia ada banyak lagi flavor, kalau korang nak tau google sendiri la eh.


2.  Tea Mix

Tea mix ni function dia untuk increase metabolism, detox, burn calories. Untuk yang susah nak minum air kosong tu letak benda ni bagi ada rasa sikit. So boleh minum air dengan banyak sekali. Benda ni serbuk, letak sikit dalam air, kacau kacau sampai jadi warna macam teh tu. Tengok gambar bawah ni. Aku suka air sejuk. So aku akan bancuh dengan air sejuk dan meminum sesuka hatinya.


Ok tu je la yang aku amik buat masa ni. Harini catat record minum air 5 liter ok. Rasanya ni first time aku minum air banyak tu. Tak terkira dah berapa kali dah pergi toilet harini. Dah la ofis ngan toilet jauh yang amat. Sara cakap aku kena minum 6 liters per day. Ada seliter lagi nak minum. Amik kau gigih tak? 

Tapi sebenarnya botol air Herbalife ni macam psycho jugak la. Maybe sebab ada straw kot? Rasa macam nak sedut je. Sedar sedar je eh air dah habis. Tak percaya siap check botol tu bocor ke tak. hahahaha

Tapi aku percaya aku still kena workout even amek these products. Entah, sebab maybe dah terbiasa workout kot. So insyaallah aku takkan tinggalkan gym because I love a good, sweaty workout. 

Nak tau meal plan aku macam mana? Dulu my personal trainer ada bagi diet meal plan. Tengok bawah - 


Ok korang nampak tak? Kalau tak buat buat nampak je boleh. Meal plan ni personal trainer aku bagi masa training kat CF dulu. Tampal kat dinding bagi senang nampak. 

Aku akan combine Herbalife dengan meal plan ni. So aku replace jela breakfast ngan dinner tu dengan herbalife shake. Easy mizy. Kita tengok macam mana resultnya nanti.

That's all for now. Pray for me. Wish me luck guys. (:

No comments: