Friday, October 12, 2012

Pening!!

Uwaaa peningnye nak siapkan budget holiday untuk si miskin!!!

Mood:
See you next month!

Monday, October 1, 2012

Berhabuk

Hollaaa
2 bulan tinggalkan blog tersayang..
Pergi muhasabah diri katenyer...
Rasa depressed pulak bila baca older post ni!
Now I'm back with the new me and new blog URL. (:

DuckFace katenyer...


Wednesday, July 11, 2012

Wordless Wednesday


Baru ingat nak beli jeans baru sebab seluar yang beli 2 months ago dah longgar. Selongkar almari ira, tengok ada jeans dia. Try try muat pulak. Ok. Save duit I. (:

Ok. dah tau dah sebab turun 1kg last week. I baru ingat, I bantai ayam kepci, tat nenas, satey bercucuk cucuk. Siap tanya trainer aku berat aku dah plateau ke. hahaha.
Sebenarnya salah sendiri tak tahan nafsu kan?  
So, stop blaming others yana!!!!!!

And the training become more tougher than before. Jed gila ganas! Senang je dia punya formula. 
each workout buat 30x + 3reps.
Macam sikit kan?
Tapi sakit dia seminggu tak hilang weh. bontot aku ni sakit sakit lagi ni!

Petang tadi, masa tengah training, ada orang tegur dah kurus. Jed dengar pulak. Haruslah lagi teruk kena. She said "Baru orang tegur kurus dah cepat penat. Cepat buatttttt." Sentap akak.. 

One day I will share with you guys gambar I training. Sumpah penat.tak tipu. 
But at least I have someone to push me so so so hard. Kalau tak aku manja sangat. 
Penat sikit dah berhenti. 

Next week weight in lagi. Harap harap janganlah turun 1kg lagi.. *pejam mata rapat rapat*

Sunday, July 8, 2012

2006-2009 UiTM Merbok Kedah Dihatiku

Harini adik aku yang paling bongsu register diploma. Tetiba teringat masa belajar diploma kat Kedah dulu. godek godek lappy, tetiba nampak banyak sangat gambar masa study diploma dulu. Today I nak upload ramdom photos from Kedah. Siyes rindu sangat time dekat Kedah dulu!

UiTM Kedah Main Entrance

Senang. Combine je semua. Iteww Rindewww

Yes. Aku memang hitam legam dulu. Hari hari jalan kaki tengah panas pergi kelas!

Tak lesbo k
Putih dan hitam
These are a few photos time belajar kat Kedah dulu. Time degree kat Shah Alam pun tak rindu macam ni. Time Part 1 sampai Part 3 memang havoc sangat. Anak teruna sume kitorang kacau. Masing masing nakal. Tak penah melekat kat bilik. Abes class, tunggu geng yg lain abes clas petang. Then makan kat fudcourt. Order air pelik pelik. Bandung Lychee,  kopi jantan, tembikai laici. Makan sampai dengar azan magrib baru balik bilik mandi. Abes magrib, kuar lepak balik. Pak gad halau balik baru balik kolej. Tido. Asal weekend je keluar, karok jamban kat CS la, tgk movie. PT masuk, sewa kereta gemilang 30. Best sangat! Banyak lagi activity kitorang tau, 

Kacau pak din fudcourt - dewi suka sangat kacau dia
Usha abam2 main basketball
bagi nama pelik2 setiap landmark kat uitm - tangga batu caves, bukit arafah, (:

Selain fudcourd, tempat hangout yg paling best dan selesa ya amat adelah di Library Badlishah. Tempat TV memang kitorang conquer sebab nak tengok bawang putih bawang merah. pukul 2pm kat tv3. Aku paling suka tido kat sane. Siap baring kat sofa. Pergh. Nikmat doh!

Sumpah rindu gila. Banyak sangat memories kat UiTM Kedah. Kalau ade pintu doremon, macam nak patah balik zaman ni. Takde masalah hidup. Happy je memanjang. 

Tapi..  
Saye paling rindu die ni. Rol nama dia. Tazmanian devil fanz. Perangai sengal macam ai jugak. Dia ni bff aku. Kalau aku ade problem ke, tengah rabak ke, dia selalu jadi pendengar yg setia. Tiap tiap malam buat super selamat gayot ngan dia ni. Mainkan gitar untuk ai. Tapi sekarang dah lost contact. Sebab time tu ada orang tak suka aku kawan dengan dia. Rasa menyesal dah sekarang. Apela cita awak sekarang eh ):

RINDEW RINDEW RINDEW


"A memory lasts forever. Never does it die. True friends stay together. And never say goodbye."

Monday, May 21, 2012

If u don't understand, next week i 'll put the subtitle under..

Hello stalkers!
Takda mood nak update blog. Just a very very quick update
I am in a shopping mood baby.
Betul orang cakap, shopping is one of the good therapy. 
Today, I spend almost two hundreds. yana jangan ikut perangai syaitoon pelish!
I have a lot of things to update with u alls!
Hurm.. lemme see.. by this weekend I will catch up with u guys okay!

Ai bizi ok.. Lalalala

Oh 
before that, from now on, Tuesday is my English day. Not you.
So, apew Englishew dayew itew??
Well, every Tuesday I will write in ENGLISH. Ala macam kat sekolah dulu la. Kan ada satu hari kita kena cakap English, jumpa cikgu, cakap ngan kawan-kawan, ngan cleaner semua sampai tersembur mouth water nak cakap. Ada orang terus jadi pendiam masa english day tu. Senyap sunyi. Sama la macam my English day ni. but the different is I will write in English. Fully English ok! not the rojak-rojak one. 


Ini semua pengaruh OhMyInglish itew. But it's a good thing right? Mana la tau, kalau buat macam ni my Ingelish will getting better and better and boleh pegi kerja kat UK pastu cakap orang putih berabuk berasap. (ok stop berangan yana). Ok let see sampai bila I boleh buat azam baru I ni.. 


Till then, c ya! Muahks! XOXOXO




English Lesson with Jozan. I loike! (:

Friday, May 11, 2012

I suka workout uols

Assalamualaikum dan salam sejahtera
salam ibu ayah
salam cium tangan
salam cium pipi
ok dah

Hari ni sangat bosan. Nak workout pagi tadi, overslept pulak. Then saje je nak try baju kurung masa form 5 dulu.. 

Guess what?!

MUAT OK!!!

Sumpah happy gila!






Yana! you are already halfway through this. Don't give up! yes you can! 

YES I CAN!!!



Wednesday, May 9, 2012

Wordless Wednesday.

Starting tomorrow, saye nak jadi vegetarian. bye2 daging yang sedap. Wish me luck okay! 


YANA BOLEH!!!!!!!

Saturday, May 5, 2012

Angin Menderu Dahan Jatuh Ditimpa batu

Ok harini nak update pasal jalan2 kat PD bulan lepas. Sesuai la ngan title atas tu kan.. Pegi bulan lepas bulan ni baru nak update. Nampak sangat pemalasnye kan. Bukan malas ok. Bzwomanizer sket la lately. huhu.. Ok jom stalk gambar gambar maya karin holiday ok!

Tunggu amir siap memang lama macam pakai gaun

Our Journey

Driver saye




Dapat lepak kejap je kat PD sebab time kitorang sampai dah malam. Jalan2 tepi pantai, lepak pasar malam sambil dengar kedai akak tu bukak lagu Ella sembilu. Menangis dalam hati akak ni dik..

Before balik singgah Senawang kejap. Pergi Beloon Shisha. To all shisha lover yang duduk area Seremban or Senawang meh la datang beloon shisha ni. Dekat area McD dataran Senawang jer. Lepastu tawaf semua kedai kat sana sampai jumpe ok. I tak hisap shisha, tak tau sangat pasal benda ni kalau nak buat review pon. Tapi macam best je haritu dia buat letak jambu batu la kat balang tu. Belon kena bagi aku payment sebab promote kedai dia ni.

Di samping itu, (waa bm sangat) otak-otak juga turut dijual. Memang terbaik la. Sedap dan murah. 5 ketul 3 hengget je anak2. Tak sempat nak tangkap gambar dah habis dulu dah. 

Thanks to Alin and Amir sebab melayan kepala otak saye. Saya sayang semua kawan saya. Walaupun mereka agak kepoh, eh bukan agak, tetapi sangat kepoh, saya sayang diorang. They always there when I need them. 


I'm straight ok.


"When it hurts to look back, and you're scared to look ahead, you can look beside you and your best friend will be there."




Tuesday, April 10, 2012

Cameron Getaway

Ok malas nak type banyak..
I supposed to update this last month. Cameron trip were awesome. Even though we stayed for 1 night, but still i felt great! I like everything!!!!! the people, the weather, scenery, flea market, all the parks, breakfast at the tea   valley. best gila. Act this is my first time went to Cameron. So biasa la jakun tu kan? and as always. last minute plan always work right!
A few pictures from the trip. Enjoice!!!

 


Sampai hotel dalam pukul 3.30am. Sumpah scary jalan naik tanah rata malam malam. Dengan jalan yang berhabuk habuk (sila baca berasap), memang feeling karak habis la.. gitewww...Sepanjang jalan aku bukak yaasin and ayat kursi. tak berani pulak tangkap gambar. kang tah hape hape yang keluar. 



 





Ok.. these are a few pictures masa dekat cameron. nak letak dalam blog banyak sangat. so the rest i have uploaded in the Facebook. Actually, my friends ajak pergi sini sebab nak tolong I tenangkan fikiran, hati, perasaan I. Ye la.. sikit2 meroyan. sikit2 melalak, yes. that what i am doing everyday for almost 2 months. Sakit dia sampai sekarang terasa lagi..

Anyway, Thanks korang. Dapat lupa kejap masalah aku.. hilang kejap sakit aku ni.. Sayang korang sangat, ketat ketat. Thanks for support me and  helping me to forget him.












Bye Bye Facebook

Hey hey

I have deactivated my Facebook for a while..
maybe a week, a month, or a year..
I really need a peace of mind.
But still i have twitter and bloggie to follow..
So takde la outdated sangat kan??
sorry mark, (:


Friday, March 16, 2012

Saya Nak Kurus Week 3


Hello there.. Assalamualaikum.. 




"My membership card. Yes. I'm a celebrity"

Ok ni dah minggu ke 3 workout. Jumpa kawan cakap dah kurus sikit. Bangga.. 
 Penat tahan nafas kot..kikiki

Start week 3 ni dah aku dah ada workout routine. 
Cardio - 
Treadmill - 45mins
Cycle - 15 - 30mins (ikut mood)
Muscle Toning 30mins

Treadmill aku saje letak incline 8.0 and speed 4.5 above. It will burn your calories faster dan peluh mencurah2 ke ladang gandum. tapi puas.. kalau cycle 1 jam pon tak burn calories mcm treadmill. 



"The best records for this week"



Friday, March 9, 2012

First workout experience with Personal Trainer

Assalamualaikum...

Phewwww.. harini 1st time workout dengan PT Jed. Sumpah penat gila.! kalau buat cardio 2 jam pon tak penat macam ni kot! Jed kata ni baru intro je. ohmaigod ni baru 1st session. next month 36 sessions lagi menunggu. Peluh dia. sumpah menitik2 sampai lantai. kaki pon sakit gila. bila sembayang, time lepas sujud nak berdiri tu memang terasa sakit dia. tp nak kurus punya pasal, redha jelah!

Lepas 1/2 jam workout, kepala aku pusing gila. duduk pon tak ok jugak. then trainer aku bagi minum gatorade, baru ok sket. dia tanya makan apa tadi, then aku ckp la makan roti kol 3.30pm tadi. dia kata, kalau nak workout, kena makan 2hours before workout. Baru boleh hadam. Aku pening kepala sebab gula kurang dalam badan. Harini 1 jam je kat gym. Tu pon penat macam seminggu kat sana. Series tak larat!

Ok kawan2 yang nak kurus macam saya, I have a few tips to share with all of you:-
1) Eat at least 2 hours before you workout.
2) Kalau kepala pusing, carik isotonic drink ok. eg. gatorade, etc
3) Do not eat  carbs after 6pm
4) Kalau masuk sauna, jangan staright masuk, sejukkan badan dulu and basahkan badan baru boleh masuk!

These are a few tips that my trainer has given to me today.

Ok next session : 2 minggu lagi. Saje request lambat lambat. 2 weeks ni nak increase my stamina dulu. Bg tough sket. baru best!


Idola

Ok dah penat. Nak tido!!!! Salam


Word of Wisdom: Keep steadily before you the fact that all true success depends at last upon yourself.
 - Theodore T. Hunger



Wednesday, March 7, 2012

Saya Nak Kurus Week 2




Assalamualaikum..

Masuk hari ni dah 2 minggu aku workout. So far ok la.. I have so much fun. sambil workout boleh cuci mata tengok abam2 trainer yang hemsem semuanya.. kiki..

Last week my 1st session with my personal trainer. Yana nama dia. same name wif me. 1st timbang berat tinggi semua la. ok sangat mengecewakan. hehe.. then dia ajar pakai machine2 yang menimbun dekat gym itew... session almost one hour. FYI PT Yana ni baru lagi.. so 1st session ni je buat dengan dia. dia baik sangat.. siap buat luahan rasa lagi masa tengah workout. tapi after this PT lain pulak yang akan train I. babai Yana ):

After training session, buat summary pulak.. kira2 sebulan berapa kilo nak turun semua. yg ni PT Jed pulak yang attend. She said I have to lose at least 4kg per month to achieve my target. Wish me luck okay.

I CAN DO IT!

Friday, March 2, 2012

Tips For Going to the Gym For the First Time

Hello people..

Sementara ade mood nak menulis ni.. lebih baik tulis sekarang. Ok. This week I went to gym for the first time. So, nak update sikit pasal experience untuk first timer macam aku ni.. lets move on.. Senang compile terus dalam 1 entry ni..

Day 1: Monday (27 February 2011)
Habis kerja pukul 4.pm. Then solat zuhur dulu, jumpa dewi amek barang. Dalam hati neves sangat ni.. maklumlah, tak pernah pegi.. takut nanti sampai sana macam orang bodoh tak tahu apa apa la pulak.. Call amir ajak teman, si kimpy tu pemalas la pulak..

Dah sampai gym, pergi kat reception counter, nasib baik kawan aku si akira tu yang attend aku. dia bagi towel, dengan locker card. best doh. mcm touch and go. tet tet locker bukak, tet tet, locker tutup. batak oh.. Lepas tu pergi tukar baju semua.

Then aku keluar. Demm.. banyaknye. confius nak mula yang mana satu. tp aku bijak, before pegi gym, aku dah google dulu 'Tips For Going to the Gym For the First Time'. BIJAK TAK? (: So aku start dengan cardio dulu. cycle 1 hour, then abs crunch ape benda nama dia. memang crunch betul perut aku. habis buat benda tu, exercise peha pulak. nama dia aku tak ingat. tapi cara dia kau kena duduk then terkangkang tolak benda berat yang nak mati tu.

Habis buat benda tu, aku pack nak balik. dah lambat. sampai kat counter nak pulang towel, akira ckp aku tak exercise sebab towel tak basah. kurang asam. aku mandi peluh ni dia tak nampak. Tak sempat nak mandi kat sana sbb takut terlepas magrib pulak nnti..

Btw lupa nak bagitau, aku pergi Celebrity Fitness kat Mines. baru je bukak, So far not bad la facility dia tapi tak lah sevouge mid valley. tapi bagi aku ok la untuk beginner macam aku ni..

ni pic aku amek kat gugel je.. tak sempat nak tangkap gambar.. bz workout kan.. duhh..



Ok la.. Day 2 3 4 5 to be continued. ngantok la plak..
assalamualaikum. Au Revoir!

Demmit!

tak faham kenapa gambar dekat previous post tak keluar
tapi..
ade aku kesah?!

Thursday, March 1, 2012

Saya nak kurus!

Lupe kan pasal heartbroken thingy ni..
mulai hari ni..
saye nak KURUSS
Insyaallah sy akn update perkembangan pengurusan saya everyday!
From my first day until I achieve my target!
GOOD LUCK TO ME!


NAK SANTEK MCM KAT BAWAH NI

Naya Rivera (Santana Lopez Glee)